MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menafikan beliau boros dengan berbelanja besar bagi majlis perkahwinan anaknya, baru-baru ini.
Sambil membidas Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang menjadikan perkahwinan anaknya itu sebagai modal politik, beliau menegaskan sikap dengki pembangkang tidak pernah berkesudahan.
Dalam wawancara dengan Antarapos, Ketua Menteri Melaka itu mengupas segala tuduhan pembangkang mengenai majlis perkahwinan itu, termasuk sumber pembiayaan dan jumlah hadirin yang begitu tinggi.
Mohd Ali berkata pembangkang sengaja menidakkan budaya penduduk Melaka yang memberikan sagu hati wang apabila menghadiri majlis perkahwinan.
“Saya order nasi untuk 60 ribu orang.. DAP tanya berapa Datuk belanja? Surat khabar tulis 130 ribu (orang hadir)... kalau seorang bagi saya RM10?
"Saya belanja makan (untuk) 60 ribu (orang), seorang RM10 nasi beriyani," katanya.
Mohd Ali menafikan beliau melampaui pendapatannya sebagai ketua menteri.
Beliau berkata tohmahan pembangkang, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya mencerminkan keperibadian mereka yang angkuh dan cetek pengetahuan mengenai budaya Melayu.
"Lim Kit Siang kata belanja RM100 ribu... itu (kalau) 'shark fin soup' dan ada 'brandi' (arak). Saya minum air sirap sahaja, makan nasi beriyani. Mana ada RM100 ribu?" katanya.
“Lim Kit Siang mana ada pergi kahwin rumah orang kampung. Dia selalu pergi dalam hotel lima bintang, hotel air-cond (berhawa dingin) dengan (hidangan) brandi.
"Itu (cara) DAP kahwin, saya orang kampung... saya buat pun di Dewan Tun Ali, dewan kampung saya," katanya.
Beliau kesal dengan tuduhan pembangkang yang kononnya majlis itu diadakan dengan begitu mewah sekali.
"Anak saya naik beca, kahwin naik beca bukan kereta Rolls Royce...yang dia (DAP) nak dengki pasal apa? Saya pun hairan," katanya sambil menambah majlis berkenaan kelihatan mewah disebabkan jumlah hadirin dilaporkan lebih 100,000 orang.
Beliau yakin, apa pun, DAP akan tetap mencari kesalahan walaupun sekiranya beliau hanya membuat majlis kecil-kecilan.
“(Kalau) seribu orang sahaja datang, pun salah saya juga. Bila ramai datang, pun saya salah. Itu saya kata DAP ini tak habis-habis dengki,” kata beliau.
Menurutnya lagi, beliau tidak mempunyai sebarang halangan terhadap orang ramai yang mahu hadir pada majlis berkenaan yang diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.
“Anak saya kahwin, ramai orang nak datang sebab saya pergi rumah orang kahwin sejak umur saya 11 tahun. Saya sudah pergi berpuluh ribu... saya (pergi rumah) orang kahwin. Ini hobi saya. Kalau saya ada masa, jauh pun saya pergi.
"Kawasan parlimen saya (Bukit Katil) sahaja pengundi 97 ribu, semua saya jemput... orang Melaka sejuta... (mereka) tanya boleh datang Datuk, saya kata boleh. Takkan saya nak tahan? (Takkan) nak jemput seribu sahaja?
“Kalau saya sekat nanti dia kata Datuk Ali ini anak kahwin pun tak nak jemput, kita tak payah undi dia. Tak berat?” soalnya.
Ali membidas DAP kerana menimbulkan pelbagai kecurigaan terhadap sumber perbelanjaan untuk majlis perkahwinan itu.
“Dia kata mana ambil duit? Orang datang 130 ribu (hadir di majlis), kalau seorang bagi RM10 tak cover ke? Memang kita kahwin macam itu. Dia kata tulislah berapa Datuk dapat berapa Datuk belanja...saya kata (bila) kau kahwin anak kau, tulislah di suratkhabar berapa dapat berapa belanja.
“Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) pun buat kahwin anak, tulislah dalam suratkhabar berapa dapat berapa belanja. Semua orang DAP kahwinkan anak, mengapa tak isytihar dalam suratkhabar berapa dapat berapa belanja?
"Mengapa saya pula yang disuruh isytihar? Itupun saya isytihar juga. Saya belanja untuk 60 ribu orang, seorang RM10 sama dengan RM600 ribu. Dia tanya mana ambil duit, saya cakap orang datang 130 ribu. Malaysia Book of Record cakap. Habis tak boleh bayarkah duit itu?
“Orang Melaka datang mesti bagi duit... Dia kahwin orang bagi duit dia ambil mengapa saya kahwin orang bagi duit saya tak boleh ambil?” ujar beliau.

No comments:
Post a Comment