Sunday, 4 November 2012

Lynnzay Affandy Menimbulkan Kemarahan Raja Ema?

Semenjak Raja Ema muncul sebagai penghias muka hadapan untuk Majalah NONA, pelbagai reaksi yang dapat kita lihat dari para peminatya. Ada yang teruja dengan kemunculannya dan tidak kurang juga yang ‘tercaci’ akan menampilanya.


Bercakap mengenai kecaman ini teringat akan satu artikel yang pernah kami siarkan dibawah tajuk “Lynnzay Affandy Dikritik kerana JEJAKA IDAMAN 2.0″. Nyanyian semula oleh Lynnzay Affandy terhadap lagu Jejaka Idaman ini memang banyak menerima kecaman dan kutukan yang boleh dibaca menerusi video clip yang diuploadnya melalui Youtube.

Ada juga dakwaan yang mengatakan pemilik asal lagu tersebut iaitu Raja Ema sendiri turut tidak senang dengan kehadiran semula lagu Jejaka Idaman yang digubah muziknya. Ini kerana ianya seolah – olah mahu merosakkan keaslian lagu tersebut. Benarkah seperti apa yang dakwa?

Menurut kiriman email yang diberikan kepada kami oleh pihak pengurusan Lynnzay Affandy, beliau maklum akan ketidakpuasan hati para peminat Raja Ema terhadap Lynnzay.

Ujarnya “Saya tahu ramai yang marah dan kutuk saya apabila lagu Jejaka Idaman diberikan nafas dengan tajuk yang baru iaitu Jejaka Idaman 2.0. Tapi saya tak kisah sangat kerana ini risiko yang memang saya kena hadapi. Lagipun I don’t think we as musician or artist boleh puaskan hati dan terlalu mengikut kehendak semua orang.I have my own reason to do this”

Katanya juga, lagu Jejaka Idaman ini merupakan lagu kegemaranya sejak masih kecil dan disebabkan itu dia mahu memberi nafas yang baru terhadap lagu tersebut apabila turut berkolaborasi dengan DJ Fuzz dan meminta Amylea menulis lirik tambahan untuk menonjolkan gaya muzik yang lebih urban.

Kami masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan dari Raja Ema berkenaan isu ini. Dan akan kami kongsikan disini sebaik menerima kenyataan darinya. Apakah benar Raja Ema mengecam Jejaka Idaman 2.0 ini?


No comments:

Post a Comment