Baginya, itu hanyalah asam garam kehidupan dan dia tetap meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak tanpa mencampur-aduk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.
OHBULAN! sempat mendapatkan komen pelakon popular ini tentang jolokan yang diterimanya. Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.”Apa boleh buat, orang yang melabelkan saya. Bukannya saya mintak untuk dilabelkan sedemikian.”
“Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi.”
“Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja” ujarnya lagi dengan senyuman.
Terbaru Maria Farida juga turut hadir pada sidang media filem terbaru berjudul ‘Mamak Cupcake’ bertempat di House Restaurant di e@Curve. Pelakon hangat ini antara pelakon filem bergenre komedi dan turut di bintangi oleh Siti Saleha, Faizal Hot FM, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah serta penampilan khas Adibah Noor serta Chef Ismail. Filem ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment