ALOR SETAR: ‘Anak Derhaka’. Itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap sifat lima beradik apabila berpakat menghalau bapa kandung mereka menyebabkanwarga emas itu hidup merempat dan mengharapkan ihsan jiran serta kenalan menghulurkan wang untuk membeli makanan.
Kejadian malang yang berlaku ke atas bapa malang itu bermula apabila lelaki itu membuat teguran terhadap salah seorang anak perempuannya yang didakwa membawa lelaki bukan mahram ke kediaman keluarga.
Entah bagaimana, lima beradik itu dikatakan telah sepakat membuat pelbagai tuduhan terhadap bapa mereka selain turut meludah ke atas muka lelaki itu hanya disebabkan salah faham antara mereka.
Menurut warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 60, itu berkata, dia tidak tahan dengan sikap anaknya yang sanggup menghalaunya dari rumah selain meludah mukanya kerana terlalu benci melihatnya.
Menurut info, perselisihan faham itu berpunca apabila anaknya di katakan tidak berpuas hati dengan tindakan Azman berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan ketika ibu mereka yang juga isteri pertamanya menghidap penyakit barah serius
No comments:
Post a Comment